Saturday, August 21, 2010

sembang 2

Tadi;

Aku belek-belek senaskhah tabloid TRANSISI lama (bil 04/2010). Dah agak lama dibeli, tp kucuma dpt baca tetajuk rencana saja.

Selak punya selak, aku jumpa laman SOAL/JAWAB di ms 16 kelolaan Ustaz Jefri Awang.
Empat persoalan mengenai aqidah dikemukakan iaitu pengertian atau maksud - SYIRIK, MUSYRIK, MUNAFIK,dan MURTAD.

Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Jefri adalah ringkas, padat dan tepat serta dapat menyedarkan.

Marilah kita bersama memahami dan mengambil iktibar dan panduan hidup kita

Jawapan :

1. Syirik
- Terbahagi 2 iaitu
a. Syirik Akbar - Menyembah benda-benda seperti patung, pokok,idola,
manusia,keramat dan seumpamanya dan menganggap diri
'lebih rendah'daripada benda-benda itu.
dan b. Syirik Asghar - Melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk

2. Musyrik
- Mempercayai 'sesuatu (kuasa lain)'itu lebih berkuasa daripada ALLAH dan
ber'gantung harap' kepada 'kuasa yang lain' itu selain (atau disamping) kuasa
ALLAH.

3. Munafik
- Dari segi a. bahasa - Menyembunyikan perkara atau maksud sebenar
b. syarak - Tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan
nya di dalam hati.
- Tanda-tanda Munafik : i. Iman tidak tetap dan tidak teguh
ii. Tindak tanduk sentiasa berubah
iii. Tidak tetap kata
iv. Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
v. Jiwa tidak tenteram
vi. Menjadikan 'dunia' sebagai matlamat hidupnya

4. Murtad
- Dari segi a. Bahasa - menolak atau berpaling
b. Syarak - orang Islam yang meninggalkan Islam dan segala ajaran
Nya. Mereka menghalalkan segala sesuatu yang diharamkan
ALLAH.
- Hukum Murtad : Boleh dihukum bunuh jika tidak mahu bertaubat.
Sembelihan mereka tidak boleh dimakan.

5. Kafir
Mereka yang menidakkan keESAAN ALLAH, kerasulan Muhammad SAW dan mengingkari
syariatNYA serta tidak beriman dengan ajaran Islam.

bermuhasabahlah kita bersama kerana NYA

No comments:

Post a Comment