Thursday, September 9, 2010

SEMBANG 5

Dulu
- Sewaktu aku mula nak belajar kenal abjad dan angka, ibu ayah, abang kakak, pakcik, makcik, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan tok-tok guruku menasihatkanku "Sekolah dan belajar rajin-rajin, jadi pandai sampai dapat masuk universiti. Nanti senang dapat kerja-dapat gaji. Dapat duit, dapat beli kereta, dapat beli rumah, dapat beli tanah. Ada anak bini, hidup senang lenang."(Begitulah lebih kurang bunyinya tapi maksudnya sama.
Kini;
- Aku juga menuturkan nasihat yang senada itu kepada adik-adikku, anak-anak cucuku, anak-anak didikku. Anak-anakku,Kekawanku, para atasanku, para pemimpinku dan masyarakatku juga menutur nasihat yang sebegitu kerana Kita percaya kita berjaya memenuhi segala hajat, impian,keperluan dan kehendak diri kita kerana kita sentiasa ingat dan ikut nasihat ayah ibu dan guru-guru kita yang sebegitu rupa dan kurasa generasi mendatang juga akan memberi nasihat yang sama.
Dan
- Dipagi syawal ini, aku mencari kebenarannya. Mencari adakah Ilahi dan Rasul yang aku ikuti menasihatkanku sebegitu ?
Wallahualam

No comments:

Post a Comment